Wednesday, 14 November 2012

kau yang terindah

Assalamua'laikum dan selamat malam kawan2.tergerak hati untuk mengarang malam ini.Jika blog ini diibaratkan seperti sebuah buku,sudah pastinya debu2 akan beterbangan apabila kitab lama milikku ini dibuka semula.Niat di hati bukan lah untuk berjiwang2 di blok kepunyaan sendiri,cuma ingin berkongsi rasa bahagia yg ada di segenap ruangan hati. (gila.mcm awie dlm sembilu siot.haha)

Suatu ketika dulu,aku tidak pernah menyangka bahawa dia akan menjadi insan yg paling terpenting dalam hidupku.Bagiku,dia hanya seorang lelaki yg suka bersuka ria.dari raut wajahnya,dy tampak seperti seorang yg 'heartless' la senang cerita.ketika itu,aku hanya mengenali dirinya sebagai seorang teman kepada seorang insan yg dekat denganku.Betullah kata pujangga 'tak kenal maka tak cinta'.

Ketika saat dia mengenaliku,aku diibaratkan seperti seorang manusia yg sedang berada di bawah roda yg sedang berputar.Ujian ALLAH dtg menimpa aku bertalu-talu ketika itu.Tidak terdaya untuk menanggung beban tersebut berseorangan.Di saat itu,dia hadir meghulurkan tangan memimpin aku kembali berdiri dan meneruskan kehidupanku.Di saat aku bersedih kerana perpecahan yg berlaku dalam keluargaku,dialah sebab aku belajar untuk menerima takdir dan meneruskan kehidupanku.Dialah sebab aku menjadi matang dan sabar dlm menempuh ujian-Nya.Dan dia jugaklah sebab aku kembali ke jalan ALLAH dan berserah kepada-Nya.

Awak,terima kasih kerana sudi menerima segala kekurangan yg berlaku ke atas diri dan kehidupan saya.Terima kasih kerana dpat menerima keadaan saya yg serba kekurangan.Terima kasih kerana setia menjadi KAWAN BAIK saya,menjadi teman ketika susah dan senang saya.

Saya doakan Allah memberkati dan mempermudahkan kita untuk membawa haluan kita bersama ke tahap yang seterusnya kerna saya pasti dan yakin,we were meant for each other :)