Wednesday, 14 November 2012

kau yang terindah

Assalamua'laikum dan selamat malam kawan2.tergerak hati untuk mengarang malam ini.Jika blog ini diibaratkan seperti sebuah buku,sudah pastinya debu2 akan beterbangan apabila kitab lama milikku ini dibuka semula.Niat di hati bukan lah untuk berjiwang2 di blok kepunyaan sendiri,cuma ingin berkongsi rasa bahagia yg ada di segenap ruangan hati. (gila.mcm awie dlm sembilu siot.haha)

Suatu ketika dulu,aku tidak pernah menyangka bahawa dia akan menjadi insan yg paling terpenting dalam hidupku.Bagiku,dia hanya seorang lelaki yg suka bersuka ria.dari raut wajahnya,dy tampak seperti seorang yg 'heartless' la senang cerita.ketika itu,aku hanya mengenali dirinya sebagai seorang teman kepada seorang insan yg dekat denganku.Betullah kata pujangga 'tak kenal maka tak cinta'.

Ketika saat dia mengenaliku,aku diibaratkan seperti seorang manusia yg sedang berada di bawah roda yg sedang berputar.Ujian ALLAH dtg menimpa aku bertalu-talu ketika itu.Tidak terdaya untuk menanggung beban tersebut berseorangan.Di saat itu,dia hadir meghulurkan tangan memimpin aku kembali berdiri dan meneruskan kehidupanku.Di saat aku bersedih kerana perpecahan yg berlaku dalam keluargaku,dialah sebab aku belajar untuk menerima takdir dan meneruskan kehidupanku.Dialah sebab aku menjadi matang dan sabar dlm menempuh ujian-Nya.Dan dia jugaklah sebab aku kembali ke jalan ALLAH dan berserah kepada-Nya.

Awak,terima kasih kerana sudi menerima segala kekurangan yg berlaku ke atas diri dan kehidupan saya.Terima kasih kerana dpat menerima keadaan saya yg serba kekurangan.Terima kasih kerana setia menjadi KAWAN BAIK saya,menjadi teman ketika susah dan senang saya.

Saya doakan Allah memberkati dan mempermudahkan kita untuk membawa haluan kita bersama ke tahap yang seterusnya kerna saya pasti dan yakin,we were meant for each other :)


Sunday, 5 August 2012

Debaran 3 Ogos 2012

As -salam semua.Bg warga Uitm,mesti korang taw kan berkenaan tarikh di atas?hee.Berdebar jantung rasanya.Setelah semalaman menunggu,tepat 5.17 pg pada hari tersebut,masok lah email.Berdebar2 hati nak bukak email resebut.Bukak2 saja,hanya Allah yg taw perasaan aku pada masa tersebut. :')


Alhamdulillah.Niat post prt sc gambar,bkn lah untuk menunjuk jauh sekali nak bangga diri.Hanya ingin berkongsi kegembiraan dengan kawan2.Semoga kejayaan ak kali ini akan berterusan sehinggalah ak mendapat segulung ijazah.Ini untuk umi,ayah dan keluarga.Sesungguhnya ini adalah rezeki Allah kepadaku untuk Ramadhan pada tahun ini.Lebih bermakna,tarikh 3 Ogos adalah tarikh hari lahir umiku.Aku bersyukur kerana dpat menggembirakan hati umi pada hari ulangtahunnya pada tahun ini.Syukur,terima kasih Allah :')

Tuesday, 31 July 2012

how i met him :)

1 Ogos 2012,genaplah 1 tahun dan 10 bulan..

Macam mimpi,rupanya dh nak dekat dua tahun kami bermesej2,bergayot2,berkongsi suka dan duka.Terasa terlalu cepat berlalu.Hurm,dlm entry kali ni ak rasa nak bebel sikit la pasal kami berdua especially mcm mana la aku boleh tersangkot dengan mamat keriting ni.

Actually,ak dgn mamat curly ni satu skolah dlu.Tp kami cuma perasan kewujudan masing2,masa kami form 5.Maklumlah,ak budak bio,dy budak engine.Jarang nak terserempak.Cerita yang aku boleh kenal dy ni,aku adalah girlfriend kepada kawan baek dy dlu tp yg peliknya,boyfriend aku a.k.a kawan baik dy tuh bukan lah satu skolah dgn kami,sebab aku memang tak suka bercinta dalam sekolah.hehe.Tp bila kenang balik, aku la yg muka tak mula sebab aku yang mula2 p tegoq mamat curly ni.Konon2 nak tnjuk ramah la memandangkan aku taw dy tuh kawan baek bf aku pada masa tuh.Naseb mamat curly tu layan aku.klaw x,malu la aku.Aku masih ingat,kejadian tuh berlaku dekat depan pntu pagaq astech.Sampai la mamat curly ni duk ungkit peristiwa ni kat aku.Kdg2 aku rasa mcm perigi carik timba pon ada gak.Tp ok pa,klaw aku xtegoq dy smpai la ni kami xkenai.hee

Dan bermulalah saat itu, kami sering bertukar2 senyuman bila terserempak.Yang pelik tuh,bila dh kenal selalu pulak terserempak kan.Tp kami setakat tukaq2 senyum ja,tak tukaq2 no telefon pon.Sampai lah tamat sekolah n dy melangkah masok ke UTHM ,aku menyambung pelajaran di UiTMPP.Tapi selepas setahun,kami bertemu semula dekat FACEBOOK!Thanx to facebook sebab menemukan kami.haha.Tp pada masa tuh,ak dh ada boyfriend baru yg aku kenai masa kat PLKN,so hubungan kami xpernah lebih dari seorang kawan lama yg berjumpak kembali dekat fb.Sampai la suatu hari,mamat curly ni terbaca status fb aku.Masa tuh,ak baru ptus cinta dengan boyfriend PLKN aku.PLKN pon,setahun lebih gak la ak bercinta dengan dy.Besa la klaw dh nama ptuih cinta,meroyan xpyah nak hbaq la.Status fb tobat sedih nak mmpuih.So,mamat curly ni dengan baek hatinya telah menegur ak dekat chat fb.Aku pon duk tgah sedih,cerita p cerita mai la pasai kisah cinta aku yang xkesampaian tuh.

Hari demi hari,bulan berganti bulan, mamat curly ni la yang duk pjuk aku,n tak sedaq pulak bila aku dh start senyum balik,gelak2 smpai saket perot.Sampai roomate aku migrain xleh nak tdoq sbb ak gelak kuat sgt.Tp hubungan kami masih sekadar kawan sampai lah suatu hari mamat curly ni text aku satu ayat sentap yg berbunyi,

"kalau saya keluar dengan perempuan berdua ja,boleh x?"

Tanpa membuang masa,ak pon membalas,

"Tak boleh!"

Lepas tuh taw x apa mamat ni boleh tanya aku??

"Kenapa x boleh?"

Masa tuh aku rasa,dh sah mamat ni jenis bendul.Dia boleh tanya aku kenapa.Haisy,klaw dy ada depan aku masa tuh,nak ja ak tmbuk dy sbb malu.Aku pon punya la malu,aku blas mcm ni,

"Sebab tak boleh la!"

Damn!memang aku malu pada masa tuh.Aku mengharapkan dy tak balas.Tp nasib xmenyebelahi aku.Dy xbalas sebab dy kol aku.Ok,nak jawab xnak?hurm,muka dh tataw nak letak mana dh masa ni.Tak angkat kesian pulak,aku pon agkat la.Dua ayat ja aku dengaq,
"Farhana, I LOVE YOU"

Dah dy ckp cmtuh,ak nak balas apa lg.Hampa pham sendiri la kan.haha.Dari situ lah bermulanya hubungan kami.Sempoi x cara dy ajak aku jadi gf dy?hahahaha.Tak sweet lgsg!

Walaupun dy lebih dari seorang kawan,aku tetap rasa dy adalah kawan yang terbaek pernah aku ada.Kewujudan dy dlm hidup aku telah benyak merubah cara pemikiran dan pandangan aku.Paling penting,dy selalu ada saat jatuh dan bangun aku.Selalu menjadi tulang belakang yang mendorong aku untuk menjadi lebih baek.

Selamat ulangtahun perkenalan Muhammad Azfar bin Noordin.Semoga Allah s.w.t. memberkati dan mempermudahkan kita untuk membawa hubungan kita ke jalan yang diredhai-NYA.








Monday, 16 July 2012

perkahwinan bukanlah satu permainan

Semuanya bermula apabila si dia mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran.

Aku : Tahniah awak!awak sambung degree ea?
Dia : Tak nak!saya nak kerja.so,boleh kawen dengan awak cepat2.

Aku : Bukan lama pon.2 tahun setengah ja.Saya boleh ja tunggu awak.
Dia : Tak nak!Saya dh buat keputusan.


Aku cuma terdiam.Kahwin?Pada usiaku yang baru menjangkau 21 tahun,apakah aku berani untuk membuka mulut tentang soal kahwin?

"Degree pon tak habis lagi,dh berani nak ckp pasal kahwin"

Itu lah jawapan ayah jika aku membuka bicara tentang kahwin.Pada usia sebegini,mungkin kita akan rasa perkahwinan adalah satu alam paling indah.Tidak ku nafikan,ianya memang indah,tetapi tidakkah kita terfikir bahawa perkahwinan adalah saat bermulanya cabaran dalam hidup kita?Cabaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

"SAH"

Apabila sah akad dalam sesuatu pernikahan,maka tergalaslah tanggungjawab si suami ke atas isteri yang dinikahinya dan juga sebaliknya.Tanggungjawab bukan sahaja terletak kepada keperluan zahir malah batin juga.PERKAHWINAN BUKANLAH SUATU PERMAINAN!

Jika dilihat dari mata kasar,mungkin kita berpendapat bahawa suami lebih berat tanggungjawabnya berbanding isteri.Oleh itu, kaum lelaki sila berfikir dengan dalam jika anda mengambil keputusan untuk mengahwini seorang wanita.Tangungjawab anda sebagai suami adalah sangat besar dalam mendidik isteri anda dari segi dunia mahupun akhirat.

 "ketahuilah wahai lelaki,apabila kamu berkahwin bermakna kamu akan brsama dengan makluk yang tersangat hebat dan keras pala" (Ustaz Azhar idrus)

Kaum wanita juga perlulah benar2 bersedia untuk menjadi seorang isteri sebelum mengambil keputusan untuk menerima lamaran sang lelaki.jadilah seorang isteri solehah yang taat pada agama.

"Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki."

Walau bagai manapun,hanya Allah s.w.t. mengetahui apa yang baik dan buruk untuk kita.Berdoalah untuk meminta petunjuk dari-Nya.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”.

(Surah Al-Baqarah ayat 216)



Thursday, 12 July 2012

apabila matahari terbit dari barat


Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.


NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!


PETIKAN DARI SEBUAH BLOG http://busuk.org/ping/view/234566

Hanya Allah s.w.t. yang tahu perasaan ini ketika membaca petikan blog tersebut.Rasa takut menyelinap ke segenap tubuh.Apakah aku bersedia untuk menghadapi hari kiamat?apa cukupkah bekalanku untuk ke SANA?

Aku bersykur kerana masih sempat untuk bertaubat dan meminta ampun atas segala dosa yang telah aku lakukan selama ini Ya allah.Terima kasih kerana masih memberi peluang aku untuk membaiki segala kekurangan sebelum aku pergi mengadap-MU.

Ketahuilah bahawa apabila terbitnya matahari dari barat,akan tertutuplah pintu taubat.bersediakah kita untuk menghadapinya?Masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan kembali kepada-NYA.sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH s.w.t dan yang buruk itu sama2 lah kita perbaikinya.

Monday, 9 July 2012

mereka blogger yang hebat!

hye everyone!

ini adalah post pertama saya.hurm,dlm post pertama ni,saya nak ceritakan mcm mana saya boleh tergerak hati untuk buat blog.

mula2 hati tergerak nak buat blog,bila tgok kawan2 ada blog.mcm best ja ada blog.n cara penulisan kawan2 saya ni sangat menarik.salah satu blog yang paling menarik bg saya adalah,blog milik seorang kakak ni, cik gojes namanya.cara penulisan kakak gojes ni memang lah tersangat outstanding.kadang2 terfikir,mcm mana lah diorg ni boleh susun ayat mcm ni kan.bila baca ja,rasa mcm teruja nak baca smpai habes.walaupon kdg2 cerita yg diorg nak sampaikan tuh bukan something yang boleh menarik minat kita.saya memang selalu sangat baca blog kakak gojes ni,sbb konon2 nak jd se'gorgeous' dy.harap2,nanti sy boleh lah tulis blog yg sehebat kakak gojes ini!hee

blog seterusnya yang menarik minat saya adalah blog milik kawan saya ni, shukri salim .bila baca blog shuk ja,terfikir,mcm mana dy boleh keluarkan idea yang mcm ni.kdg2 tak sangka cerita yang simple boleh jadi panjang dan menarik.post yang paling saya suka dekat blog shuk ni post yang bertajuk kakisosial .kalau kita baca tajuknya,mungkin kita akan terfikir post ni mesti pasal isu2 sosial or something yang related dgn remaja kita.tp rasanya mcm tak ja.cuba korang baca kalau tak percaya.haha

tp kan,kdg2 ada sesetengah orang menggunakan blog untuk menceritakan kisah cinta mereka yang luar biasa. *luar biasa la konon.haha. memang tak salah.tp mungkin perlu ada hadnya.nak cerita pon,jangan la smpai org yang membacanya rasa meluat.

akhir kata dari saya,semoga dengan wujudnya blog ni,kita dapat sama2 berkongsi pengetahuan dan sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH s.w.t dan yang buruk itu sma2 lah kita perbaikinya :)