Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
PETIKAN DARI SEBUAH BLOG http://busuk.org/ping/view/234566
Hanya Allah s.w.t. yang tahu perasaan ini ketika membaca petikan blog tersebut.Rasa takut menyelinap ke segenap tubuh.Apakah aku bersedia untuk menghadapi hari kiamat?apa cukupkah bekalanku untuk ke SANA?
Aku bersykur kerana masih sempat untuk bertaubat dan meminta ampun atas segala dosa yang telah aku lakukan selama ini Ya allah.Terima kasih kerana masih memberi peluang aku untuk membaiki segala kekurangan sebelum aku pergi mengadap-MU.
Ketahuilah bahawa apabila terbitnya matahari dari barat,akan tertutuplah pintu taubat.bersediakah kita untuk menghadapinya?Masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan kembali kepada-NYA.sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH s.w.t dan yang buruk itu sama2 lah kita perbaikinya.
No comments:
Post a Comment