Monday, 16 July 2012

perkahwinan bukanlah satu permainan

Semuanya bermula apabila si dia mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran.

Aku : Tahniah awak!awak sambung degree ea?
Dia : Tak nak!saya nak kerja.so,boleh kawen dengan awak cepat2.

Aku : Bukan lama pon.2 tahun setengah ja.Saya boleh ja tunggu awak.
Dia : Tak nak!Saya dh buat keputusan.


Aku cuma terdiam.Kahwin?Pada usiaku yang baru menjangkau 21 tahun,apakah aku berani untuk membuka mulut tentang soal kahwin?

"Degree pon tak habis lagi,dh berani nak ckp pasal kahwin"

Itu lah jawapan ayah jika aku membuka bicara tentang kahwin.Pada usia sebegini,mungkin kita akan rasa perkahwinan adalah satu alam paling indah.Tidak ku nafikan,ianya memang indah,tetapi tidakkah kita terfikir bahawa perkahwinan adalah saat bermulanya cabaran dalam hidup kita?Cabaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

"SAH"

Apabila sah akad dalam sesuatu pernikahan,maka tergalaslah tanggungjawab si suami ke atas isteri yang dinikahinya dan juga sebaliknya.Tanggungjawab bukan sahaja terletak kepada keperluan zahir malah batin juga.PERKAHWINAN BUKANLAH SUATU PERMAINAN!

Jika dilihat dari mata kasar,mungkin kita berpendapat bahawa suami lebih berat tanggungjawabnya berbanding isteri.Oleh itu, kaum lelaki sila berfikir dengan dalam jika anda mengambil keputusan untuk mengahwini seorang wanita.Tangungjawab anda sebagai suami adalah sangat besar dalam mendidik isteri anda dari segi dunia mahupun akhirat.

 "ketahuilah wahai lelaki,apabila kamu berkahwin bermakna kamu akan brsama dengan makluk yang tersangat hebat dan keras pala" (Ustaz Azhar idrus)

Kaum wanita juga perlulah benar2 bersedia untuk menjadi seorang isteri sebelum mengambil keputusan untuk menerima lamaran sang lelaki.jadilah seorang isteri solehah yang taat pada agama.

"Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki."

Walau bagai manapun,hanya Allah s.w.t. mengetahui apa yang baik dan buruk untuk kita.Berdoalah untuk meminta petunjuk dari-Nya.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”.

(Surah Al-Baqarah ayat 216)



No comments:

Post a Comment